Water Awareness Education Programmes and Handover Ceremony for the Rainwater Harvesting Project – 21 – 23 October 2024, Bachok, Kelantan.

[Bahasa Melayu Version] [Scroll down for English Version]

Program Pendidikan Kesedaran Air dan Majlis Penyerahan Projek Penuaian Air Hujan – 21 – 23 Oktober 2024, Bachok, Kelantan.
Dari 21 hingga 23 Oktober, Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang menganjurkan program Pendidikan dan Kesedaran Air serta Majlis Penyerahan Projek Penuaian Air Hujan di SMK Pak Badol, SK Sri Kemudi dan SK Seribong.

Objektif utama sesi pendidikan tersebut adalah sama seperti yang dahulu iaitu untuk memupuk kesedaran kepada para pelajar tentang masalah air di peringkat antarabangsa, kebangsaan dan negeri serta manfaat menggunakan air hujan sebagai sumber harian air sekunder yang bersih. Dalam program tersebut, pihak Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang juga menunjukkan cara operasi sebuah sistem penuaian air hujan yang telah dipasang di sekolah serta sistem UV yang membekalkan air bersih tahap minuman.

Puan Siti Nornazuan (Wawa) selaku Pembantu Projek adalah fasilitator dalam sesi pendidikan tersebut. Sesi utama melibatkan lebih daripada 100 orang pelajar tetapi di atas sebab keselamatan, hanya kumpulan pelajar yang kecil dapat melawat sistem tersebut di kedua2 sekolah.

Berikut adalah sekolah serta jumlah pelajar yang telah mengambil bahagian dalam Program Pendidikan dan Kesedaran Air

1) SMK Pak Badol             21 Oktober 2024 – 52 orang pelajar

2) SK Seri Kemudi             22 Oktober 2024 – 40 orang pelajar

3) SK Seribong    23 Oktober 2024 – 107 orang pelajar

Tambahan pula, diwakili oleh Puan Azmiza selaku Penasihat Projek (secara Pro Bono), Majlis Penyerahan Projek Penuaian Air Hujan dijalankan Bersama Pengetua dan Guru Besar dari sekolah-sekolah yang terlibat.

Pihak Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang, ingin mengucapkan terima kasih kepada semua sekolah yang telah mengambil bahagian dalam sesi pendidikan ini.

Projek Penuaian Air Hujan di Kelantan adalah inisiatif hijau yang dibiayai oleh Microsoft, Clean International dan Gravity Water, serta diselaraskan oleh Water Watch Penang.

Disokong oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, projek ini bertujuan menggalakkan penggunaan air hujan sebagai sumber alternatif yang mampan untuk bekalan air bersih di sekolah-sekolah. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami di info.waterwatchpenang@gmail.com.


[English Version]

Water Awareness Education Programmes and Handover Ceremony for the Rainwater Harvesting Project – 21 – 23 October 2024, Bachok, Kelantan.


From October 21 to 23, Water Watch Penang organized the Water Education and Awareness Program and the Handover Ceremony for the Rainwater Harvesting Project at SMK Pak Badol, SK Sri Kemudi, and SK Seribong.

The primary objective of this educational session was the same as previous programs: to raise awareness among students about water issues at the international, national, and state levels, as well as the benefits of using rainwater as a clean, secondary daily water source. During the program, Water Watch Penang also demonstrated the operation of a rainwater harvesting system installed in the schools and the UV system that supplies drinking-grade water.

Project Assistant Ms. Siti Nornazuan (Wawa) facilitated the educational session. While the main session involved over 100 students, for safety reasons, only small groups were allowed to visit the system at each school.

The schools and program dates were as follows:

SMK Pak Badol – October 21, 2024 – 52 Students

SK Seri Kemudi – October 22, 2024 – 40 students

SK Seribong – October 23, 2024 – 107 orang pelajar

Additionally, represented by Project Advisor Ms. Azmiza (on a pro bono basis), the Handover Ceremony for the Rainwater Harvesting Project was conducted together with the Principals and Head Teachers from the participating schools.

Water Watch Penang would like to thank all schools that took part in this educational session. The Rainwater Harvesting Project in Kelantan is a green initiative funded by Microsoft, Clean International, and Gravity Water, and coordinated by Water Watch Penang.

Supported by the Ministry of Education and the Kelantan State Education Department, this project aims to promote rainwater use as a sustainable alternative source of clean water for schools. For more information, please contact us at info.waterwatchpenang@gmail.com.

Gravity Water
Clean International
#rainwaterharvesting
#waterwatchpenang
#MakeEveryDropCount

Bookmark the permalink.

Comments are closed.