APAKAH PROGRAM ‘NEGALITRES UNTUK SEKOLAH’?
‘Negalitres untuk Sekolah’ ialah projek pengurusan permintaan air yang menyasarkan 100 sekolah di Pulau Pinang dalam tempoh tiga tahun (minimum 34 sekolah setahun) dengan melibatkan pemasangan peralatan penjimatan air dan program pendidikan dengan tujuan mengurangkan penggunaan air, yakni ‘negatif’ liter.
Mengapa ‘NEGALITRES UNTUK SEKOLAH’?
- Pemasangan percuma peralatan penjimatan air oleh tukang paip bertauliah PBAPP/SPAN
- Pengiktirafan Antarabangsa
- Menjadi sebahagian daripada Program Sekolah Hijau
- Peluang untuk dipilih ke Pertandingan Audit Air
- Pelajar akan diperkasakan di sekolah dalam pendidikan penjimatan air
- Sesi pendidikan percuma* dengan e-sijil untuk guru dan peserta di kalangan pelajar
- Sekolah anda dapat menjimat air dan berdaya tahan dalam perubahan iklim
*Bergantung pada peraturan terkini oleh Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang (JPNPP), sesi tersebut akan dijalankan sama ada secara bersemuka atau secara maya.
SOALAN LAZIM
- Adakah projek ‘Negalitres for Schools’ akan mengenakan sebarang bayaran kepada sekolah?
Tidak. Projek ini dibiayai sepenuhnya oleh CLEAN International Inc. dan Intel Corporation dan diselaraskan oleh Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang (Water Watch Penang) - Apakah jenis peralatan penjimatan air yang akan dipasang di sekolah saya?
‘Push-Tap Urinal’ untuk tandas, ‘Push Tap’ untuk sinki dan ‘Washer’ untuk paip oleh PBAPP
3. Bagaimanakah peralatan penjimatan air akan dipasang?
WWP akan berkoordinasi dengan guru penyelaras untuk mengatur lawatan dengan tukang paip bertauliah SPAN/PBAPP. WWP akan mengenal pasti tempat untuk dipasang dengan peralatan penjimatan air.
4. Berapakah bilangan peralatan penjimatan air yang akan dipasang di sekolah kita?
Bergantung pada keperluan, WWP akan memasang jumlah maksimum 10 x ‘Push-Tap Urinal’, 10 x ‘Push Tap’ dan
5. Apakah garis-panduan masa untuk projek ini?
Projek ini akan berlangsung selama tiga tahun untuk 100 sekolah di Pulau Pinang dari 2022 hingga 2024.
6. Apakah keperluan untuk program ini?
– Sekolah yang telah berdaftar perlu melibatkan pelajar mereka dalam program pendidikan air (sesi sekali 2 jam) yang dijalankan oleh WWP melalui dalam talian atau bersemuka
– Sekolah berdaftar mesti bersetuju untuk member kebenaran WWP mendapatkan bil air dari PBAPP untuk tujuan pemantauan penggunaan air dalaman (sila rujuk borang pendaftaran dalam talian untuk maklumat lanjut)
7. Adakah terdapat sebarang laporan atau kertas kerja pentadbiran yang perlu dilakukan oleh guru?
TIADA kertas kerja atau laporan yang diperlukan sama sekali. Hanya mendaftar dan WWP akan merancang dan melaksanakan program.
8. Adakah ini program yang sama dengan program Penang Green School?
Tidak. Ini adalah program yang berbeza tetapi, program ini juga akan menjadi program pelengkap kepada Program Sekolah Hijau Pulau Pinang PGC kerana program ini akan membantu ke arah pengurangan penggunaan air di sekolah.
9. Apakah pengiktirafan program ini?
Program ini dibawakan kepada anda oleh Water Water Penang dengan kerjasama CLEAN International dan Intel Corporation.
Rakan kerjasama kami yang terlibat ialah Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui Penang Green Council, Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang dan Green Educators Workgroup (GREW). Program ini disokong oleh Menteri Alam Sekitar dan Air serta Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang.
Kurikulum untuk pendidikan air:
a) Isu Air Global, Kebangsaan dan Tempatan
b) Teknologi dan Teknik dalam Pemuliharaan Air
c) Cara Menjimatkan Air di Sekolah dan di Rumah
Guru dan peserta yang berdaftar akan dapat menerima e-sijil selepas tamat pelajaran.
Pautan Pendaftaran:
English / Bahasa Melayu