The National River Trail in conjunction with the World Water Day Celebration 2021, was held on the 27 March 2021 at Taman Jajar Sungai Ara. Once awarded the cleanest river in Malaysia in 2021, the celebration was organized by the Penang State, Department of Environment, and officiated by Ybrs. Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, the Director of the Department of Environment, Penang.
The Water Watch Penang was invited to the reception and was filled with various lively activities such as zumba, gotong royong, Sungai Ara water insitu water quality testing, electronic waste collection, and environmental talks by DOE and the Penang Water Observation Association. The event also included an ‘autograph’ session by Ybrs. Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, on the container that will be transformed as the Sungai Ara Education and Information Center, which will be operated by Water Watch Penang.
Video Copyright: Mr. Eric from Taman Desa Ria Residents Association, Taman Jajar, Sungai Ara.
Bahasa Malaysia Version
Denai Sungai Kebangsaan Sempena Sambutan Hari Air Sedunia 2021 telah dijalankan pada 27 Mac 2021 di Taman Jajar Sungai Ara. Pernah dinobatkan sebagai sungai terbersih di Malaysia pada tahun 2021, sambutan ini adalah anjuran Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, dan dirasmikan oleh Ybrs. Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang.
Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang telah dijemput untuk menghadiri sambutan tersebut dan dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti seperti zumba, gotong royong, pengujian insitu kualiti air Sungai Ara, pengumpulan buangan elektrik elektronik, serta ceramah alam sekitar oleh JAS dan Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang. Sambutan tersebut juga termasuk ‘autograf’ oleh Ybrs. Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab, Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang pada kontena yang akan dijadikan sebagai Pusat Pendidikan dan Informasi Sungai Ara, yang akan dikendalikan oleh Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang.
Video Hakmilik: En. Eric dari Persatuan Penduduk Taman Desa Ria, Taman Jajar, Sungai Ara.