Pada hari Rabu, 3 Julai 2024, Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang (Water Watch Penang – WWP) berjaya melaksanakan Program Pendidikan Air dan Sungai di SMK Padang Polo. Program ini berlangsung dari jam 7.30 pagi sehingga 9.00 pagi dan melibatkan lebih 200 orang pelajar Tingkatan 1 hingga 5 daripada Persatuan Kerjaya, Kelab Pencinta Alam, Kelab Koperasi, Persatuan Bahasa dan Kebudayaan, Persatuan Pendidikan Islam, Kelab STEM, serta para pelajar pendidikan khas.
Dr. Hong Chern Wern memulakan program dengan pengenalan mengenai misi, pencapaian Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang serta projek and aktiviti berkenaan dengan konservasi air. Walaupun SMK Padang Polo bukan salah satu sekolah yang menyertai Program Negalitre untuk Sekolah,Dr Hong memperkenalkan program ni kepada sekolah tersebut supaya dapat menyertai program ini pada fasa kedua pada tahun 2025.
Program Pendidikan diteruskan dengan pendedahan mengenai isu air global, kebangsaan, dan tempatan oleh Cik Fatin Azahara, pelajar latihan industri WWP. Sesi seterusnya disampaikan oleh Cik Nur Atiqah, juga pelajar Latihan industri WWP, yang memperkenalkan tentang pemantauan air sungai dan cara-cara menjimatkan air. Para pelajar turut diajar cara mengira bil penggunaan air per hari bagi seorang individu berdasarkan bil air PBAPP. Program ini diakhiri dengan kuiz, di mana saguhati diberikan kepada pelajar yang menjawab soalan dengan tepat.
Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang ingin mengucapkan terima kasih kepada SMK Padang Polo atas kerjasama dan penglibatan yang diberikan. Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Pengurus Eksekutif WWP, Dr. Hong Chern Wern, di hong.wwp@gmail.com, atau hubungi WWP di +6019-5751253.