‘SESI KONSULTASI IBU BAPA BERSAMA MANFAAT PENANG GREEN COUNCIL’ – ‘Penggunaan & Pemuliharaan Air Isi Rumah Anda: Apa yang Boleh Anda Lakukan?’ di SK St. Mark Butterworth – 23 September 2022

23 September 2022 – Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang dijemput oleh Penang Green Council untuk memberi ceramah yang bertajuk ‘Penggunaan & Pemuliharaan Air Isi Rumah Anda: Apa yang Boleh Anda Lakukan?’. Program ini disertai oleh seramai 90 orang ibu bapa, waris pelajar serta guru di SK St. Mark Butterworth.


Ceramah ini adalah salah satu aktiviti sesi konsultasi ibubapa dengan objektifnya untuk memberi kesedaran kepada ibubapa berkaitan isu air serta cara untuk menggunakan air secara berhemah dan berjimat cermat. Dr. Hong Chern Wern, Pengurus Eksekutif Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang bermula dengan memberi pengenalan dan latarbelakang tentang Persatuan Pengamatan Air Pulau Pinang dan seterusnya pendidikan air untuk memberi maklumat dan kesedaran kepada ibubapa khususnya, isu air di Pulau Pinang di mana, para penduduk Pulau Pinang adalah pengguna air yang tertinggi di Malaysia. Ini juga menunjukkan bahawa penggunaan berlebihan ini adalah bersamaan dengan pembaziran walaupun Pulau Pinang merupakan negeri yang ‘miskin air’. Seterusnya, Dr. Hong juga memberi sedikit-sebanyak informasi tentang ‘WATER FOOTPRINT’ untuk menunjukkan pengunaan air yang tidak langsung dalam penggunaan produk dan makanan harian kita.

Akhir sekali Dr. Hong turut mengajar cara dan langkah yang boleh dilakukan ibubapa di rumah untuk menjimatkan air. Langkah penjimatan air ini dengan harapan, boleh diterapkan oleh ibu bapa di rumah agar anak-anak mudah dibentuk dan menjadi masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab terhadap penggunaan air.



#waterwatchpenang
#programpendidikanjimatair
#konsultasibersamaibubapa
#penanggreencouncil

Bookmark the permalink.

Comments are closed.