21 September 2022- Water Watch Penang (WWP) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Seberang Perai menganjurkan program pendidikan sungai di SMK Jalan Damai yang memenuhi misi dan visi WWP iaitu untuk mewujudkan masyarakat jimat air dan untuk mendidik dan mengubah orang ramai supaya menjadi masyarakat bijak menggunakan air serta berdaya tahan iklim. Program ini disertai oleh seramai 40 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 5 dan 3 orang guru.
Dr. Hong Chern Wern, Pengurus Eksekutif Water Watch Penang memulakan sesi ceramah pendidikan dengan memberi taklimat tentang latar belakang serta misi dan visi WWP. Dr.Hong menarik minat pelajar untuk mendengar taklimat dengan menunjukkan aktiviti dan pertandingan yang dianjurkan oleh WWP . Para pelajar sangat tertarik melihat contoh aktiviti yang diadakan serta hadiah yang diberikan kepada para pemenang yang menyertai pertandingan.
Dr.Hong juga menerangkan tentang masalah air yang dihadapi oleh rakyat Malaysia walaupun Malaysia merupakan negara yang kaya air. Pelajar sangat terkejut setelah mengetahui bahawa penduduk Pulau Pinang merupakan penduduk paling membazir air walaupun 80% air yang disalirkan adalah daripada Sungai Muda, Kedah.
Selain itu, Dr. Hong juga menunjukkan sungai-sungai yang bersih dan sungai yang kotor di dalam dan luar Pulau Pinang. Negeri Johor merupakan negeri yang mempunyai sugai terkotor di Malaysia iaitu Sungai Tukang Batu. Johor juga mempunyai sungai paling banyak tercemar berbanding negeri lain.
Seterusnya, sebagai sebahagian daripada program MBSP, penceramah terlatih Water Watch Penang Cik Aina Syahira seterusnya menyambung taklimat dengan menerangkan tentang penilaian fizikal, kimia dan biologi yang dilakukan oleh WWP dalam tahap penilaian pencemaran air sungai. Gambar yang ditunjukkan menerangkan cara yang boleh digunakan untuk membuat penilaian contohnya seperti seperti menggunakan bahagian kimia untuk mengukur tahap fosfat, nitrat,nitrit, ammonia, pH and oksigen terlarut. Bukan itu sahaja Cik Aina menunjukkan bahawa kita boleh mengetahui kadar pencemaran air dengan membuat penilaian biologi seperti menanggap serangga kecil dan mengasingkan kepada beberapa jenis untuk mengira indeks kualiti air biologi dan mengkelaskan tahap kebersihan sungai sebelum melepaskan semula serangga kecil yang ditangkap ke dalam sungai semula supaya tidak mengganggu ekosistem yang sedia ada.
Sebagai aktiviti pengakhiran, Dr. Hong mengajar cara untuk mengira jumlah penggunaan air harian dengan menggunakan bil air dan pelbagai cara untuk menjimat air. Para pelajar diberikan kuiz untuk mengira jumlah penggunaan air. Pelajar juga diberikan hadiah cenderahati kepada yang berjaya mengira dengan betul. Secara tidak langsung , para pelajar mengetahui jumlah air yang sepatutnya digunakan dalam kehidupan seharian supaya tidak berlakunya pembaziran air.
Untuk sekolah yang berminat untuk menyertai program ‘Negalitres untuk Sekolah’ di Pulau Pinang, sila hubungi Dr. Hong Chern Wern, Pengurus Eksekutif WWP di hong.wwp@gmail.com untuk maklumat lanjut. Program ini adalah percuma dan tidak memerlukan kertas kerja untuk para guru atau sekolah.
#waterwatchpenang
#riverwatereducationprogramme
#mbsp