Perasmian Minggu Alam Sekitar Malaysia 2007
Perasmian Minggu Alam Sekitar Malaysia 2007 telah diadakan di Queensbay Mall, Pulau Pinang pada 24 Ogos 2007. Perasmian ini telah dirasmikan oleh YAB Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Ketua Menteri Pulau Pinang. Beliau telah diiringi oleh YB Encik Teng Chang Yeow, Pengerusi Jawatankuasa MASM 2007 merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pelancongan dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang. Seramai 1,000 orang telah mengambil bahagian, termasuk pegawai-pegawai kerajaan, NGO, pelajar-pelajar sekolah dan orang awam. Sebagai salah sebuah organisasi yang telah menganjurkan aktiviti (lihat Minggu Alam Sekitar) sepanjang MASM 2007 tersebut, Water Watch Penang (WWP) turut hadir memberi sokongan dalam perasmian itu.